misteri kehilangan kain putih !
Saturday, 20 October 2012 ❖ 23:55 ❖ 0 talks

LOKASI : D5-1
MASA    :MALAM YANG KELAM


        Pada hari tersebut , kami sekeluarga menikmati makanan yang telah disediakan oleh Makcik cafe yang tak ku pasti namanya siapa . Tiba-tiba angin kencang meniup lalu menyerbu masuk ke dalam rumah . Semua menjerit kebisingan kerana terkejut dek tumpahan cecair merah yang tak pasti akan kemunculannya yang entah dari mana . Kekalutan pada wajah kami terserlah kerana cecair tersebut telah merebak hingga ke segenap ruangan ruang tamu sehingga menyebabkan kami tertutup selera hendak menyambung hidangan tadi.

       Tiba-tiba Dekya berlari-lari anak menuju ke dapur . Beberapa minit kemudian , dia menjerit , "Aaaaahhhh , mane kain putih tuu weyy ?? " diikuti dengan nyalakan anjing yang bertalu-talu di blok sebelah . Kami berasa takut memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Dekya itu tadi . Kami semua berlari mendapatkannya . Semua tercengang bangang dan berasa takut sehingga memikirkan dimana kain putih tersebut lesap .

        Bermacam-macam andaian yang kami buat . Nak dikata terbang , tiada sayap . Nak dikata hilang sangat pelik laa pulak . Nak dikata orang pinjam , tersangat-sangat laa pelik . Kami menunggu kemunculan kain putih tersebut sehingga DUA MINGGU lamanya . Dah tak terfikir oleh kami semua .
Kami berasa seram sejuk kerana rutin kami selama ini tergendala .

       Tiba lah suatu masa yang dinanti-nantikan . Misi mencari kain putih tersebut . Kami berkumpul beramai-ramai untuk bekerjasama membongkar MISTERI KAIN PUTIH itu . Dekya yang mengetuai misi tersebut telah menyerbu rumah di hadapan untuk bertanya tentang kain putih tersebut . Kain tersebut telah berubah wajah dari putih menjadi kekuningan . Sangat misteri kain tersebut sehingga boleh bertukar warna dan dihiasi dengan tompok-tompok hitam dan sangat pelik . Sungguh pelik !
Apakah yang sedang berlaku ni ?

       Sedang berfikir apa yang terjadi , Hani telah mendapat HIDAYAH daripada ALLAH seusai mendirikan solat zuhur . " Weyh , cube kaw tengok kat ampaian ! ape yang tergantung tuu ? " Kami semua berasa cuak dan berdebar-debar . Dekya sebagai ketua memberanikan diri untuk melihat apakah yang tergantung di ampaian tersebut . Kami menanti dengan penuh debaran . DUP DAP DUP DAP!Jantung berdegup laju .

      Tiba-tiba cecair berwarna merah telah mengalir lagi buat kali yang kedua . Dekya seperti terkena histeria apabila menjumpai kain putih tersebut di ampaian . Mendengar jeritan itu , kami bergegas berlari ke arah Dekya tanpa menghiraukan dan memperdulikan cecair merah tersebut . Kami menenangkan Dekya dengan bacaan kalimah syahadah . Akhirnya , berkata Miera kepada kami , " Dah laa weyh . Cepat lap air sirap ni ngn kain buruk putih tuu . Nanti kering lekit . " Kami berasa lega kerana misteri kain putih telah terjawab akhirnya .

     Tidak perlu lagi kami menggunakan tisu , mop , surat khabar dan yang sewaktu dengannya untuk mengelap air sirap penulis blog yang selalu tumpah dek kecuaian diri sendiri . Maka , korang takyah laa nak suspen sangat bace tuu . Kite ni exam lagi due hari . Bawak-2 laa tawbat . Tak perlu nak bace blog orang jea . Bace laa BUKU . Jangan bace MUKABUKU sudahh ! sekian , salam CHENG dari kami . Akhir kata , JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI !
Dah3 , ape aku merepek ni . Speaking MUET esokk woyy ! k byee . ASSALAMUALAIKUM !!


EDITED BY :
SYAHIDAH AISYAH


PASTNEW

Welcome to my blog! Do follow me, ok?

I'm Nur Amalina :)



My Beloved Parents !

Love Them Till Jannah :)



Classmate in SHARODZ , 5AG 2011 :)

precious moment :')



usim :)

una, me and diaa :)








Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia
Other: